Want your
own Fotopage?









 
From The Eye of a Photographer

By: fAhMie aLiaS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]
Thursday, 20-Nov-2008 16:19 Email | Share | | Bookmark
Welcome Home Nokia E66!

 
 
 
View all 7 photos...
Alhamdulillah, setelah lebih dari 3 tahun berkhidmat maka tibalah masa Nokia 6680 menamatkan perkhidmatannya dengan rekod yang cukup cemerlang. Banyak menemani saya dikala susah mahupun senang. Dengan model inilah saya mengenali apa itu 3G, apa itu videocall dan banyak lagi. Menjaganya ibarat menatang minyak yang penuh, tiada calar-calar yang ketara melainkan pada cover screen semata-mata. Jatuh..? Seingat-ingat saya tak pernah. Tapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan!



Selepas selesai solat Isyak, maka bergoleklah tayar kereta ke salah sebuah kedai yang sudah biasa saya berurusan. Niat semata-mata ingin berjalan-jalan selepas penat dengan job gambar konvo prasekolah & tadika baru-baru ini. Kalau nak angkat satu pun mungkin N Series sahaja. Tiba-tiba mata terpandang akan si dia. Jatuh cinta pandang pertama gitu!

Ringkas sahaja ucapan saya, Selamat Datang & Selamat Berkhidmat E66!












tahniah kerana anda telah mengambil keputusan untuk menikmati hidup ini dengan sebaiknya... Sat 22-Nov-2008 21:55
Posted by:ijulabi  - [Link]
wah...comey hs...maner gambo kawen aini nyer...???kena selak2 lg photopages mung nih..hehe
Thu 27-Nov-2008 01:40
Posted by:cmas mas_sakura@yahoo.com
Tu kat bawah tu.. dekat dah... Thu 27-Nov-2008 23:07
Posted by:Fahmie.Alias  - [Link]
Add comment


Wednesday, 19-Nov-2008 15:05 Email | Share | | Bookmark
Standard print sizes for photos...

Paper sizes
Untuk yang dah tahu, abaikan sahaja entry ini.. Entry ini semata-mata untuk individu atau kumpulan photographer yang masih belum hafal...

Silalah guna.

Satu lagi khidmat komuniti daripada Dr|Nipah Photography.


Care to comment?


Tuesday, 18-Nov-2008 16:18 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Aini & Wan, Felda Chini Pahang

 
 
 
View all 14 photos...
Alhamdulillah tepat 15 Nov 2008 baru-baru telah berlangsungnya majlis perkahwinan kawan saya sewaktu di MRSM Kuala Terengganu & UTM Skudai dengan jayanya. Jadi seramai 7 orang kawan-kawan x-KT telah merempuh perjalanan yang agak jauh tetapi menyeronokkan ke Felda Chini, Pahang.

Rombongan tersebut terbahagi kepada 2 iaitu daripada Terengganu dan Yong Peng. Mengikut plan kami akan bertemu di simpang masuk ke Chini. Alhamdulillah juga, plan tersebut telah selamat ditepati. Namun yang agak meletihkan adalah kami (saya, Wahir dan Ramizi) terpaksa menunggu lebih daripada 1 jam setengah sebelum rombongan daripada Yong Peng selamat tiba di lokasi yang dijanjikan.

Kami telah menjamu selera terlebih dahulu di kedai makan sekitar simpang masuk tersebut dan terpaksa ke Bandar 2 Paloh Hinai iaitu kawasan penempatan semula Orang Asli untuk tujuan bersolat. Mujurlah terdapat masjid dikawasan berkenaan. Pada mulanya agak risau jugak apabila kehadiran kenderaan kami diperhatikan oleh orang kampung. Mahu tak risau, line handphone langsung takde..

Dalam pukul 4.40pm selamatlah akhirnya kawan-kawan daripada Yong Peng tiba. Selepas siap sain hadiah yang bakal diberikan kepada pengantin, perjalanan diteruskan lagi dengan kelajuan yang amat tidak sesuai untuk kawasan kampung. Apa nak buat, majlis tamat pukul 5pm. Jam masa tu menunjukkan pukul 5.10pm, haru memang haru..

Dipendekkan cerita, selepas selesai menjamu selera dan berbual-bual (sambil gambar-gambar terus diambil sepanjang masa) maka kami terpaksa mengundurkan diri untuk pulang. Pulang.. Ya, pulang. Tapi kemana...? Perancangan asal, rombongan dari Yong Peng akan ke Kuala Lumpur manakala rombongan dari Terengganu akan singgah ke Kuantan sebelum pulang ke Terengganu. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya...

Kami semua ke Kuala Lumpur! Ya.. Saya ke Kuala Lumpur sehelai sepinggang termasuk alpha 300 dengan bateri kurang daripada 50%. Perjalanan ke KL telah menyaksikan satu kemalangan maut di lebuhraya Karak. Penunggang motorsikal merempuh lori.. Ngeri, memang ngeri... Selamat tiba di KL, kami menjamu selera di Kampung Baru. Lebih kurang pukul 2.30am, barulah kami ke Bukit Jalil atau lebih tepat lagi Flat Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil.

Keesokkan harinya kami ke Plaza Low Yat dan Sungei Wang untuk membeli apa yang patut. Apa yang saya beli..? HVL-58AM flashgun, bukan beli pun.. Survey harga. Mana mampu RM1.1k. Jalan punya jalan, dalam pukul 9.30pm "Rombongan Terengganu" telah bertolak pulang. Alhamdulillah selamat tiba dalam pukul 2pm di Dungun.

Semua gambar telah diambil menggunakan

Dan menggunakan teknik editing Lomo.




















Ini bukan job wedding tapi aktiviti dengan kawan-kawan (aktiviti makan gulai! ). Memanglah niat asal nak ambik gambar sepanjang majlis tersebut berjalan tapi sayang sekali kami terlewat tiba. Perjalanan ke sana mengambil masa yang agak lama... Wed 19-Nov-2008 04:22
Posted by:fahmie-alias
nice Wed 19-Nov-2008 15:58
Posted by:MR.MONSOON monsoonpictures@gmail.com  - [Link]
lawo gambo..bijok molek Wed 26-Nov-2008 18:58
Posted by:miji
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 15-Oct-2008 23:23 Email | Share | | Bookmark
Another product from Dr|Nipah Photography

 

Care to comment?


Wednesday, 15-Oct-2008 06:28 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya 2008!

 
 
 
View all 10 photos...











boleh tahan jugak koleksi kat sini.... Wed 19-Nov-2008 11:33
Posted by:ijulabi  - [Link]
Add comment


Monday, 13-Oct-2008 14:29 Email | Share | | Bookmark
Majlis Jamuan Raya SKBD

 
 
 
View all 6 photos...
Setelah sekian lama fotopage ini menyepi, akhirnya dapat jugak saya menulis entry baru disini.. Bukanlah niat untuk menyepi namun disebabkan bebanan tugas serta job photography yang lebih memerlukan tumpuan serta memakan banyak masa maka terpaksalah fotopage ini terabai seketika.

Selain daripada itu, diri ini selepas selesai menjalani ibadat puasa baru-baru ini lebih selesa meng"upload" gambar menggunakan Flickr. Mungkin disebabkan lebih mudah untuk kerja-kerja upload yang tidak memerlukan tumpuan yang lebih... Mungkin...

Namun begitu fotopage tidak dilupakan!

Terimalah gambar-gambar semasa jamuan raya baru-baru ini. Sibuk sangat makan sampai terlupa nak ambik gambar!

Semua gambar telah diambil menggunakan













Care to comment?


Tuesday, 30-Sep-2008 14:45 Email | Share | | Bookmark
Happy Eid ul-Fitr @ Selamat Hari Raya Aidilfitri

 
 




>> salam aidifitri untuk anda sekeluarga... Sun 21-Sep-2008 18:31
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
>> salam Aidilfitri untuk anda sekeluarga...
>> moga bahagia di Syawal mulia...
>> andai ada salah silap terkasar bahasa...
>> ampun serta maaf juga dipinta....
Thu 25-Sep-2008 19:15
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Friday, 26-Sep-2008 14:09 Email | Share | | Bookmark
Majlis Khatam Al-Quran, Sumbangan Aidilfitri & Perpisahan KPLI

 
 
 
View all 18 photos...
Pada 25hb September 2008 yang lalu telah diadakan 3 majlis serentak.. Power kan...? Majlis pertama, Majlis Khatam Al-Quran. Kedua, majlis perpisahan para guru praktikal Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan ketiga adalah Majlis Sumbangan Aidilfitri.

Majlis bermula pada pukul 8.15 pagi dan berakhir lebih kurang pukul 12.45 tengahari.

Majlis khatam Al-Quran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Majlis kedua berjalan dengan masing-masing guru praktikal memberikan ucapan kepada para pelajar. Pelbagai pantun, sajak dan nyanyian mereka persembahkan. Sedih juga bila melihat mereka berucap, ye la bukan senang nak berpisah. (Teringat pengalaman semasa majlis perpisahan praktikal 2005 & 2006 yang lalu... ) Namun semasa majlis terakhir berlangsung terdapat sedikit kekecohan semasa sumbangan duit raya diadakan, masalah untuk memastikan para pelajar beratur mengikut kelas masing-masing je.. Jangan lupa, majlis ini diadakan sewaktu umat Islam berpuasa... So tak ada jamuan la. Cuaca pulak terik!

Pendek kata, tahniah buat penganjur dalam menjayakan program tersebut.


Tuan Guru Besar : The Boss!






World through my lens...



Kantoi puasa....?



Sebak beb... Sob.. sob...



Guru praktikum (Dari kiri: Mas, Shaza, Juna, Dayah dan Wanie)



Berat frame nie...



She cute.. Isn't she...?



Salam sambil mendapat duit raya...



Yahoo... Dapat duit raya!






Andainya manusia mengerti kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka...



The one and only...

Care to comment?


Wednesday, 17-Sep-2008 06:12 Email | Share | | Bookmark
Now Showing : The Promo

 


promo apa ni?
selamat berpuasa

Thu 18-Sep-2008 09:51
Posted by:Phalinn  - [Link]
>> promo raya... Thu 18-Sep-2008 20:12
Posted by:<< jeff >.  - [Link]
Add comment


Tuesday, 2-Sep-2008 15:40 Email | Share | | Bookmark
Group Outing SK Sultan Omar - UPSR Terbilang

 
 
 
View all 13 photos...
Pada 28 hingga 30 Ogos 2008 yang lalu, seramai 57 orang murid bersama-sama 17 buah keluarga para guru SK Sultan Omar Dungun telah mengadakan aktiviti "Group Outing" ke Sanctuary Resort Cherating.

Seramai 57 orang murid tersebut merupakan mereka yang berjaya mendapat 5A dan 4A 1B didalam Peperiksaan Percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Mereka ini merupakan golongan dikategorikan sebagai Elit Sekolah dan diharap bakal melakar sejarah baru SK Sultan Omar dengan pencapaian 5A yang jauh lebih ramai daripada tahun-tahun sebelum ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan objektifnya semata-mata untuk merehatkan minda para murid dan guru sebelum menghadapi peperiksaan sebenar pada 9 hingga 11 September 2008 ini.

Selamat maju jaya daripada saya!





Tuan Guru Besar (Baju Merah) - The Boss!



Kami yakin 5A!



Kami juga yakin! InsyaAllah...






Istana @ Makam ?






Fahmie punya! Hehe...

>> all the best utk calon upsr selasa ni... Sun 7-Sep-2008 15:10
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.