Want your
own Fotopage?









 
From The Eye of a Photographer

By: fAhMie aLiaS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Sep-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan datang kembali!

 


Quote:
"Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa"
(Al-Baqarah : 183)

>> semoga terus tabah menunaikan kewajipan di bulan mulia ini... Thu 4-Sep-2008 19:18
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Sunday, 31-Aug-2008 00:27 Email | Share | | Bookmark
Salam Merdeka!

 


Selamat Hari kebangsaan ke-51. Kearah Malaysia Baru yang lebih adil dan saksama.

cantek gambar nih..
cuba cari bendera UMNO yg dah koyak plak,ko shoot..lagi gempak..
Wed 17-Sep-2008 15:45
Posted by:Chal
Add comment


Sunday, 24-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Tahniah Guru Besar Cemerlang!

Encik Alias bin Dolah
Sekalung tahniah diatas perlantikan sebagai Guru Besar Cemerlang DGA38. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kearah kejayaan anak bangsa di Dungun. Tahniah!

Rekod perkhidmatan

SK Kg. Shukur : 4 Jan 1976 hingga 31 Dis 1977
SK Sultan Omar : 1 Jan 1978 hingga 31 Dis 1983
SK Kuala Dungun : 1 Jan 1984 hingga 15 Okt 1987
SK Jongok Batu : 6 Okt 1987 hingga 31 Jan 1994 (GB)
SK Kuala Jengal : 1 Feb 1994 hingga 30 Nov 1995 (GB)
SK Ladang Gajah Mati : 1 Dis 1995 hingga 30 Jun 1996 (GB)
PPD Dungun : 1 Jul 1996 hingga 31 Ogos 1998 (Penyelia Sekolah Rendah)
SK FELDA Kerteh 1 : 1 Sept 1998 hingga 30 Apr 2001 (GB)
SK Sultan Omar : 1 Mei 2001 hingga sekarang (GB)



Encik Alias bin Dolah


Daripada :
Wan Zubaidah binti Wan Jusuh
Ahmad Hafizu Fahmi bin Alias
Nurul Nadiah binti Alias
Ahmad Zulhilmi bin Alias

>> tahniah... Sun 24-Aug-2008 18:43
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
wan jusoh lar..bkn wan jusuh.. Mon 13-Oct-2008 07:09
Posted by:pika
guru besar nieyh beik aper...yeah!!!skunk ni bliau dah jadi guru besar skull aq...takut gak aser cket2.....aq nampak bliau cam beik jer ngn aq... Thu 9-Jul-2009 07:52
Posted by:R-NIess(mUrID sK sURa 09) anis_gurl21@yahoo.com
Add comment


Saturday, 23-Aug-2008 05:43 Email | Share | | Bookmark
Pertandingan Menembak Kelab Guru Daerah Dungun

 
 
 
View all 21 photos...
Pertama kali pegang senjata, perasaan bercampur baur.. Tambahan pulak lepas mendengar bunyi tembakan yang sungguh kuat. Bayangkanlah kalau kita sedang berada di medan pertempuran.. Hargailah keamanan yang sedang kita nikmati ini!

Serba ringkas maklumat mengenai senjata yang digunakan:

M16A1
Country of origin : United States of America
Weapon type : Assault Rifle
Caliber : 5.56x45 mm and M193
Overall length : 986 millimeters
Barrel length : 508 millimeters
Weight empty : 2.9 kilograms
Rate of fire : 650 - 750 rounds per minute
Magazine capacity : 20 or 30 rounds
Maximum effective range : 460 meters

Rujukan : http://guns.wikia.com/wiki/Colt_M16A1


Darah Setia
Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langit-Nya kami bernaung
Rasa kasih tercurah

Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan Negara

Dengan sepenuh keazaman
Semangatmu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria
Darah satria
Berkobar di dada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia




M16A1






Kesan piring besi selepas ditembak bertalu-talu






Ayah dan adik



Membimbit senjata @ membimbit beg ?



Team ini diberi nama : MOSSAD



MOSSAD in Action!



MOSSAD Trainer



Johan Pertandingan Menembak 2008



Para peserta bersama jurulatih Wataniah.


Care to comment?


Wednesday, 20-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun (20 Ogos 2008)

 
 
 
View all 10 photos...
Siapa sangka Dungun yang pernah seorang sahabat gelarkan sebagai 'Pekan Koboi' telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran.. Saya tak nak komen pasal perlu atau tidak Dungun dinaik taraf, cuba jadi neutral disini..

Apa-apa pun, Dungun bermandikan lampu neon. Suatu permandangan yang tidak boleh dilihat sebelum ini didaerah ini.. Indah sungguh kilauan lampu tersebut..

Tahniah penduduk Dungun kerana sekarang tiada lagi Majlis Daerah Dungun (MDD), kita telah digelar sebagai Majlis Perbandaran Dungun (MPD)!


Pewaris Anak Dungun

Selagi ku ingat
Pedagang Tok Hitam Tambun
Perintis Bandar Dungun

Selagi ku ingat
Pendekar Jusoh Kumpal
Hidup-hidup dikambus Jepun

Selagi ku ingat
Orang putih menguasai negeri
Meraih rakus kekayaan Bukit Besi

Selagi ku ingat
Di Dewan Merdeka, tahun 1974
Terngiang suara Tun Razak
Mengajar erti pembangunan
JKKK seluruh negeri dilancarkan

Selagi ku ingat
Uri tembuni kelahiranku
Bersemadi di bumi Dungun

Akan kukorbankan
Jiwa dan raga
Harta dan segalanya
Untukmu
Pewaris anak Dungun


Nyanyian oleh : Ramli Sarip
lagu : Datuk (Dr) Haji Rosli Mat Hassan


















Care to comment?


Wednesday, 20-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Masjid Kristal Terengganu

 
 
 
View all 17 photos...
Pertama kali dapat menjejakkan kaki ke Taman Tamadun Islam Terengganu terutamanya Masjid Kristal memberikan pengalaman baru kepada saya. Jika selama ini hanya melihat gambar dan mendengar cerita sahabat-sahabat yang telah berkunjung.. Pendek kata, jauh perjalanan luas permandangan. Sempena Tahun Melawat Terengganu 2008 ini, diharap lebih ramai pelancong dari dalam & luar negeri dapat mengunjungi tempat-tempat menarik dinegeri ini. Negeri cantik, budaya menarik... Itulah Terengganu Darul Iman.

Besar harapan saya buat pengunjung wanita yang datang ke Masjid Kristal agar dapat memakai pakaian yang sesuai untuk ke masjid, menutup aurat org cakap.. Sebab sepanjang saya berada disana macam-macam ragam pakaian yang tidak sesuai yang dapat diperhatikan. Satu perkara lagi, janganlah berbual terlalu kuat ketika berada didalam masjid tersebut.. Rumah Allah tu...

























Care to comment?


Wednesday, 6-Aug-2008 14:42 Email | Share | | Bookmark
Pertandingan Masakan & Kawad Kaki

 
 
 
View all 30 photos...
Lebih kurang pukul 3.00 petang tadi telah diadakan pertandingan masakan & kawad kaki unit beruniform SK Bandar Dungun. Best tak..? Mestilah! Seronok tengok gelagat para pelajar bersama-sama guru masing-masing memasak & berkawad kaki..

Cuaca agak panas sepanjang program tersebut berjalan.. Teruk beb! Kering rambut... Lagi teruk saya turut terlibat dalam latihan kawad kaki. Jual suara laa... Budak-budak ni boleh dikatakan asas kawad kaki masing-masing hancus... Ke laut abiss... Tapi alhamdulillah, berkat kesungguhan guru-guru dapat laa para pelajar ini mengikuti pertandingan kawad kaki. Hasilnya macamane...? Boleh laa dari takde langsung. Berlatih pun satu-dua hari je...

So sambil menyelam, minum air... Alang-alang dah terlibat dengan program ni, jadi boleh laa dijadikan medan untuk mengasah skill dalam bidang fotografi ini. Khususnya dalam Candid Photo! Tadi guna lens 55-200mm. Sebab target utama saya untuk candid pictures only.. Nak tahu apa yang jadi...? Budak-budak ni time nak bergambar (bukan semasa candid laa..) duk dekat sangat laa bro! Terpaksa laa saya pulak yang berundur 2-3 langkah kebelakang. Why..? Off focus beb! Padan muka aku...

Anyway, ini antara hasil saya yang tak seberapa.. Komen sikit!


Cikgu...!!! (Sambil meluru ke arah lensa)


"Kami Buat Habis Baik" - Anak Serigala


You snap, I snap...


Ustazah Che Salmah merangkap guru Puteri Islam


Kak Su with Hajar


Kawad!!


"Hah, pegang elok-elok kamera ni..."


Anak ustaz.. Cantik beb bulu mata dia.


Ustaz Hasbullah merangkap guru Pengakap


Menu from Al-Burj, Dubai. 5 stars!


"Pastikan team akak menang ek.." Kata Cikgu Dalilah kepada para hakim.

>> cantik capture ni...
>> mantap...
Thu 7-Aug-2008 17:05
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
BEST ERK KALAU ADER EVENT CAM GINI... Fri 15-Aug-2008 02:43
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
seronok ambik gambar kat event camni

Sat 23-Aug-2008 02:13
Posted by:Phalinn  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 5-Aug-2008 17:03 Email | Share | | Bookmark
Silhouette - The Trial

 
Tak tahu jadi ke tak...

Any comment...?


Dah cantek dah gambar nih..pakai shutter priority jer..amik dalam 5.6...cuba try... Sat 23-Aug-2008 19:37
Posted by:unnamed
Add comment


Saturday, 2-Aug-2008 10:32 Email | Share | | Bookmark
Sepetang di Taman Rekreasi Dungun

 
 
 
View all 13 photos...
Petang semalam saya membawa nenek yang saya panggil Wan bersama-sama dengan sepupu-sepupu yang masih kecil bersiar-siar sambil berekreasi di taman.. Ceria sungguh budak-budak tu dapat berlari-lari di taman. Ramai juga ibubapa yang membawa anak-anak mereka kesana.

Pelbagai gelagat manusia dapat diperhatikan sepetang saya disana. Ada yang gembira, menangis, menjerit dan tak kurang juga para pasangan yang sedang berbual mesra laksana tiada sesiapa pun di taman tersebut. Ikut hati nak je ambik gambar mereka tu then buat entry pasal mereka!

Wan saya memang tak boleh lepaskan spot kegemarannya, laluan refleksi yang terdapat disana.. 2-3 round gak dia pusing... Saya sampai berpeluh-peluh menahan kesakitan sewaktu memijak batu tersebut! Banyak penyakit kot...

Sambil-sambil tu dapatlah saya mengambil beberapa keping gambar sekadar menajamkan lagi skill yang hampeh ini! Harap sangat ada sesiapa yang sudi komen & memberi tunjuk ajar buat diri ini..



Sony DSLR-A300x
f/8 ISO-400 Focal Length 45mm Exposure +0.7 step Mode Aperture Priority



f/6.3 ISO-250 1/500s Focal Length 45mm Mode Shutter Priority



f/8 ISO-400 Focal Length 50mm Exposure +0.7 step Mode Aperture Priority



f/8 ISO-250 1/125s Focal Length 70mm Mode Shutter Priority



f/5.6 ISO-400 1/500s Focal Length 60mm Exposure +0.7 step Mode Shutter Priority



f/6.3 ISO-400 1/500s Focal Length 45mm Mode Shutter Priority



f/5.6 ISO-100 Focal Length 45mm Exposure +0.7 step Mode Aperture Priority

>> best dapat habiskan masa macam ni... Sun 3-Aug-2008 19:30
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Tuesday, 22-Jul-2008 23:40 Email | Share | | Bookmark
Sekitar rumah

 
 
 
View all 9 photos...
Balik dari sekolah pagi tadi, lepas buat apa yang patut saya bercadang nak berehat.. I mean tidur Tiba-tiba sebuah Produa Kelisa datang, Partner in Crime rupanya Apa lagi terus capai senjata kemudian terhasillah gambar-gambar ni... Ni mata pun dah mengantuk, lesson plan pun dah siap.. Tidur laa lepas ni.

Harap sangat komen-komen daripada anda bagi menambahkan ilmu dalam bidang ini.


SONY A300X
f/5.6 ISO-400 Focal Length 70mm



f/5.6 ISO-160 Focal Length 50mm



f/5.6 ISO-320 Focal Length 35mm



f/6.3 ISO-200 Focal Length 135mm Mode Aperture Priority

nice shoot bro..keep it Up..!!

p/s aku jual bunga time konvo di malaysia..haha..marilah shoot bunga-bugaan aku nnt..haha
Mon 28-Jul-2008 19:58
Posted by:Chal takumieiji84@yahoo.com
nice shot. tapi gambar paling atas tu, i rasa u kena improve on centre. nak kena cari centre yg better. center ke centre aaaah? Tue 29-Jul-2008 04:42
Posted by:shahril ramirez_1115@yahoo.com.my
Ade projek baik2 cakap laa... Shahril, Centre ke center sama je... Tue 29-Jul-2008 06:25
Posted by:Fahmie.Alias fahmie.alias@gmail.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.